Sunday, February 21, 2010

Rujuk maklumat terkni di smkkandis.net

Kepada semua pengujung blog ini sila rujuk maklumat terkini di

website rasmi: SMK Kandis

Thursday, February 5, 2009

SMK Kandis sekali lagi Menjuarai Bola Jaring PPD Bachok

Syabas, kepada pasukan bola jaring di atas kejayaan memenangi pertandingan bola jaring sekolah bagi kedua-dua kategori bawah 15 dan bawah 18..

Kemenangan ini merupakan satu permulaan yang cukup baik kepada SMK Kandis, sebagai pembuka tirai 2009, kejayaan ini menjadi pendorong kepada pelbagai kejayaan yang bakal di raih dalam pelbagai aktiviti yang mendatang

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih pasukan bola jaring sekolah iaitu Pn Zilaini Abd Hamid dan Pn Siti Alauyah Yahya.

Kandis boleh.. pasti boleh....

Friday, October 31, 2008

Inhouse Training Bil 3/2008

Pada 1 hb November, Unit Latihan dalam Perkhidmatan SMK Kandis, akab menganjurkan kursus Dalam Perkhidmatan, bagi meningkatkan Profesionalisme guru-guru. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan Kurikulum yang berkesan. Melalui kursus ini juga guru-guru pendedahan tentang penggunaan Internet dalam P&P guru.

Sila ambil perhatian kepada semua guru...

Monday, October 20, 2008

JPN Melaka akan Berkunjung ke SMK Kandis

Pada 26 hb Oktober ini satu rombongan yang terdiri dari Pegawai, guru-guru dan pelajar seramai 80 orang dari JPN melaka mebuat lawatan muhibbah ke SMK Kandis.

Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar pengalaman dikalangan guru dan pelajar khususnya dari segi pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks, Rombongan dijangkakan akan melawat bilik BOSS SMK Kandis


SMK Kandis mengucapkan Selamat Datang dapat kepada Rombongan JPN Melaka...

SMK Kandis mendapat Naib Juara BOSS Negeri

Syukur alhamdulilah, kerana sekali lagi SMK Kandis telah berjaya memenangi Anugerah Naib Juara Bilik Bukuteks (BOSS) peringkat Negeri Kelantan tahun 2008,

Anugerah telah di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks, KPM pada, 19hb Oktober 2008 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa.

Pencapaian ini telah dapat membangkitkan semangat kepada warga sekolah untuk berusaha dengan lebih giat lagi di tahun-tahun akan datang bagi merebut gelaran Juara.

Monday, January 28, 2008

Aktiviti Semasa

Kehadiran Pengetua Baru

SMK Kandis telah menamatkan penantian selama 3 bulan setelah menerima Pengetua Baru YBrs. Tn Hj Abd Manah b Jusoh, yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Puteri Saadong.


Tn Hj Abd Manah b Jusoh, menandatangani buku lapor diri, disaksikan oleh PKP, PKHEM dan YDP PIBG.. Selamat datang Ke SMK Kandis.



Majlis Persaraan Tuan Pengetua : HJ MAHMAD B SEMAN

06 Mac 2008, hari yang penuh sejarah dan syahdu kerana satu Majlis menjunjung kasih dan menyanjung budi Tuan Pengetua yang di sayangi, Hj Mahmad Nor b Seman diadakan. Beliau yang akan menamatkan perkhidmatan mulai 11 mac 2008, diraikan dengan penuh hormat oleh guru-guru dan para pelajar.

Majlis menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan Ucapan oleh wakil pelajar, YDP PIBG, serta Ucapan PKP yang penuh bermakna mengimbau secara terperinci rentetan perjalanan Tuan Pengetua di SMK Kandis. Majlis bertambah syahdu lagi dengan tayangan multimedia yang memaparkan biografi Tuan Pengetua.. yang telah membuatkan ramai guru-guru yang menitiskan airmata, sayu dan pilu.. menghadapi perpisahan ini..

Pengetua dalam ucapan akhirnya merakam rasa sedih dan gembira , sedih kerana akan meninggalkan warga kandis yang amat disayangi, gembira kerana tugas dan tanggungjawab berat yang dipikul selama ini akan dilepaskan. Beliau menasihat semua pelajar agar lipat gandakan usaha untuk terus maju ke hadapan...

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari warga SMK Kandis....

Setelah selesai majlis jamuan di Dewan Asrama, Tuan Pengetua di arak keluar kawasan sekolah dengan penuh simbolik sekali ... pengetua berdiri di atas Kenderaan sambil melambaikan tangan kepada para pelajar.

Semua guru-guru dan kakitangan, di iringan oleh Polis Trafik, menghantar pulang pengetua di kediamannya di Kampung Teratak Pulai...

Sekalung Budi Sejambak Kasih Buat Ayahanda Pengetua...


Coretan oleh : Tengku Azmi, Blogmaster






Majlis Pelancaran Kelab Siber Bestari 2008




Tarikh ; 04 Mac 2008
Tempat :Dewan Makan Asrama
Masa: 9.00 pagi

Majlis di sempurnakan oleh;

Tn Hj Mahmad Nor Seman

Pengetua SMK Kandis

Satu program usahasama dengan
MKE Resources Sdn.Bhd.