Wednesday, January 23, 2008

Latar belakang Komuniti

Latar Belakang Ibu Bapa, Komuniti dan persekitaran luar sekolah

Latar belakang sosio ekonomi ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis, Bachok 99% terdiri daripada golongan petani dan nelayan. Manakala 1 % lagi terdiri daripada golongan peniaga, kakitangan awam dan swasta.


Walaupun majoriti ibu bapa pelajar terdiri daripada golongan petani dan nelayan tetapi tahap kesedaran mereka tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka adalah tingg. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berkorban apa sahaja demi masa depan anak-anak meraka sama ada wang ringgit, masa atau tenaga.

Kerjasama daripada ibu bapa kepada pihak sekolah amat memuaskan sekali sama ada berbentuk bantuan tenaga, masa,moral dan material. Ini terbukti dengan kehadiran ibu bapa dalam setiap kali mesyuarat agong PIBG diadakan mencapai 90 %. Begitu juga apabila diadakan program-program lain seperti seperti Program Permata Yang Digilap, Program Motivasi Ibu Bapa, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Solat Hajat Asrama, PMR dan SPM pihak sekolah tidak pernah kecewa dengan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.

Pihak sekolah telah membina satu jalinan strategik dengan komuniti setempat. SMKK menjadi anak agkat kepada Balai Polis Daerah Bachok semenjak 2003. Dalam hal ini, pihak polis sentiasa memberi kerjasama yang amat memuaskan kepada pihak sekolah. Pihak polis telah diundang untuk majlis-majlis tertentu seperti Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pentauliahan Pasukan Kadet Polis, mesyuarat agong PIBG dan program-program yang bertujuan meningkatkan sahsiah murid.

Pihak sekolah juga menjadi anak angkat kepada pusat pengajian tinggi di Kandis iaitu Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Di mana pihak KIST pada 7 Januari 2007 telah memberi sumbangan berbentuk beg sekolah kepada murid-murid miskin SMKK.

Setiap kali pihak sekolah mengadakan majlis sempena sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi saw, Sambutan Majlis Asyura, Maal Hijrah dan sebagainya, masyarakat setempat dijemput melalui Ketua Kampong, Imam Masjid / surau untuk sama-sama menjayakannya bersama pihak sekolah.

Jalinan mesra dengan masyarakat setempat makin terserlah apabila usaha memberi motivasi dan cara belajar oleh pakar motivasi dari luar iaitu Tn. Hj. Termizi Hj. Musa mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. Program-program motivasi ini penting kerana ianya dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan penjaga tentang cabaran dunia pendidikan masa kini.

No comments: