Wednesday, January 23, 2008

Sejarah Sekolah

Sejarah SMK Kandis

Sekolah ini terletak di Kg Telong, Bachok Kelantan. Sejauh 13.8 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.Idea pembinaan sekolah ini banyak diusaha oleh Dato’ Haji Ahmad Shahibuddin b Hj Mohd Noor yang ketika itu menjadi ADUN Kawasan Jelawat . Sekolah yang dibina di kawasan seluas 17.8 ekar ini mula beroperasi pada 1 Disember 1992. Sekolah yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitarnya ini berdiri megah dengan mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat , 3 blok bangunan 2 tingkat termasuk asrama, 1 bangunan musalla , 1 bangunan kantin dan 1 bangunan makmal komputer.

Seiring dengan pembangunan Kawasan Tok Bali, kecemerlangan yang banyak dicapai oleh pelajar-pelajar dan kepercayaan yang tinggi ibubapa terhadap sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah dengan pesat sekali iaitu daripada seramai 175 orang pelajar pada tahun 1992 kepada 1076 orang pelajar pada tahun ini(2006). Semua pelajar sekolah ini adalah berbangsa Melayu dan lebih dari 99% ibubapa penjaga pelajar sekolah ini adalah petani, buruh kasar dan nelayan.

No comments: