Monday, January 28, 2008

Aktiviti Semasa

Kehadiran Pengetua Baru

SMK Kandis telah menamatkan penantian selama 3 bulan setelah menerima Pengetua Baru YBrs. Tn Hj Abd Manah b Jusoh, yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Puteri Saadong.


Tn Hj Abd Manah b Jusoh, menandatangani buku lapor diri, disaksikan oleh PKP, PKHEM dan YDP PIBG.. Selamat datang Ke SMK Kandis.



Majlis Persaraan Tuan Pengetua : HJ MAHMAD B SEMAN

06 Mac 2008, hari yang penuh sejarah dan syahdu kerana satu Majlis menjunjung kasih dan menyanjung budi Tuan Pengetua yang di sayangi, Hj Mahmad Nor b Seman diadakan. Beliau yang akan menamatkan perkhidmatan mulai 11 mac 2008, diraikan dengan penuh hormat oleh guru-guru dan para pelajar.

Majlis menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan Ucapan oleh wakil pelajar, YDP PIBG, serta Ucapan PKP yang penuh bermakna mengimbau secara terperinci rentetan perjalanan Tuan Pengetua di SMK Kandis. Majlis bertambah syahdu lagi dengan tayangan multimedia yang memaparkan biografi Tuan Pengetua.. yang telah membuatkan ramai guru-guru yang menitiskan airmata, sayu dan pilu.. menghadapi perpisahan ini..

Pengetua dalam ucapan akhirnya merakam rasa sedih dan gembira , sedih kerana akan meninggalkan warga kandis yang amat disayangi, gembira kerana tugas dan tanggungjawab berat yang dipikul selama ini akan dilepaskan. Beliau menasihat semua pelajar agar lipat gandakan usaha untuk terus maju ke hadapan...

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari warga SMK Kandis....

Setelah selesai majlis jamuan di Dewan Asrama, Tuan Pengetua di arak keluar kawasan sekolah dengan penuh simbolik sekali ... pengetua berdiri di atas Kenderaan sambil melambaikan tangan kepada para pelajar.

Semua guru-guru dan kakitangan, di iringan oleh Polis Trafik, menghantar pulang pengetua di kediamannya di Kampung Teratak Pulai...

Sekalung Budi Sejambak Kasih Buat Ayahanda Pengetua...


Coretan oleh : Tengku Azmi, Blogmaster






Majlis Pelancaran Kelab Siber Bestari 2008




Tarikh ; 04 Mac 2008
Tempat :Dewan Makan Asrama
Masa: 9.00 pagi

Majlis di sempurnakan oleh;

Tn Hj Mahmad Nor Seman

Pengetua SMK Kandis

Satu program usahasama dengan
MKE Resources Sdn.Bhd.

Guru dan Staff

Senarai Guru

1.HJ. AB. MANAH B JUSOH (Pengetua)
2.MOHAMED AZMAN BIN MOHAMED (Penolong Kanan Pentadbiran)
3.MOHD NASIR BIN SHAZALI (Penolong Kanan HEM)
4.ANUAR BIN REPING (Penolong Kanan Kokurikulum)
5.ZAINI BT ABDULLAH(Guru kanan Bahasa)
6.TENGKU AZMI BIN RAJA ISMAIL (Guru kanan Teknik & Vokasional)
7.MOHD YUSOFF BIN SALLEH (Guru Kanan Sains Matematik)
8.MOHD SANUSI BIN ZAINAL (Guru Kanan Sains Sosial)
9.ISMAIL BIN MOHD NOR
11SAPRI BIN NOR
12MOHD ROSLI BIN AWANG
13WAN AZIZ BIN WAN DERAMAN
14CHE ISMAIL BIN ABU BAKAR
15NIK ABDULLAH BIN NIK MAN
17MUHD NOR BIN ZAKARIA
18MOHD GHANI BIN SEMAN
20NIZA RUDDIN BIN OHTMAN
21NIK YUSOF BIN NIK MAT
22ZAINURI BIN AWANG
23AHMAD SHUKRY BIN MUHAMMAD
24MOHAMAD BIN AWANG
25MOKHTAR BIN ABD RAHMAN
26KHALID BIN MOHD KASSIM
28ROSTAN BIN YUSOF
29MOHD NAWAWI BIN CHE MAT
30MOHD SHUKERI B SIDEK
31MOHD ZAIDI BIN JUNUS
32DUSUKI BIN AWANG
33IRAWADI AFANDI BIN IBRAHIM
34NORIZUDIN BIN MOHAMMAD
35MOHD ROSLI BIN HAMZAH
36WAN ROSAZIZI BIN WAN ABD. RAZAH
37NORUD DIN BIN MUHAMAD
38RAHMAT BIN IBRAHIM
39MOHD ADNAN BIN YAMAN
40ROSLI BIN IBRAHIM
41KAMARUDIN BIN MUHAMMAD
42AZIZAH BINTI MAHMOOD
43NISAH BINTI ISMAIL
44CHE KAMARIAH BINTI MOHD SALLEH
45PUA LEE CHU
46TAN SIEW POH
47NIK NOR AZLINA BINTI NIK ABDULLAH
48RUHANI BINTI SAID
49SITI ALAUYAH BINTI YAHYA
50NOR FARIDAH BT MOHAMED NORDIN
51ZURAINI BINTI MD ZAIN
54NORHAYATI BINTI AWANG
55NOOR SUHAILA BT MOHAMED YUSOFF
56CHE ASMAH BINTI CHE DIR
57HASLINA BINTI CHE DIN
58ZILAINI BINTI AB. HAMID
59.NOOR AZITAWATI BINTI AZIZ
61.ROSNAH BINTI SIDIK
64.CHE ROHANI BINTI ISMAIL

Senarai Staff

Barisan Pentadbir

Barisan Pentadbir


Hj Abd. Manah b Jusoh
(Pengetua)


En Mohd Azman b Mohamad
(Penolong Kanan Pentadbiran)




En Mohd Nasir bin Shazali
(Penolong Kanan HEM)





En Anuar b Reping
(Penolong Kanan Ko Kurikulum)



Barisan Guru Kanan Mata pelajaran




En Mohd Yusof Salleh (Guru Kanan Sains Mate)
Pn Hajah Zaini bt Abdullah (Guru Kanan Bahasa)
Hj Mohd Sanusi b Zainal (Guru Kanan Sains Sosial)
YM Tengku Azmi b Raja Ismail (Guru Kanan Teknik dan Vokasional)






























































































Thursday, January 24, 2008

Wednesday, January 23, 2008

Stretegi Kecemerlangan

Program Gelombang Biru
Program 5P
P-Care
Index Prestasi Diri

Kandis Boleh

program

Hasil Karya Pelajar

sedang di upload

Kejayaan Sekolah


Kejayaan Gemilang Sekolah

Umum

Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Kelantan
(Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar)

Anugerah Puncak Gemilang PPD Bachok 2005

Naib Johan Asrama
Peringkat Kebangsaan 2003

Kejayaan bidang Kurikulum



Hairul Azman Hanafi
Tersenarai sebagai 20 terbaik Kebangsaan
PMR 2007

Kejayaan bidang Ko Kurikulum


Olahragawati Kebangsaan (MSSM) 2005

Pingat Emas MSMM
Jalan kaki bawah 15 tahun (P)
Tahun 2005
Kejayaan Guru


Tengku Azmi Raja Ismail
Guru Kanan Teknik dan Vokasioanal
Johan Anuagerah Guru dalam ICT Peringkat Kebangsaan
Hari guru Peringkat Kebangsaan 2007


Aktiviti Sekolah

PROGRAM/ AKTIVITI SEKOLAH

Senarai Program/ aktiviti yang banyak memberi kesan/impak kepada peningkatan kualiti pengurusan dan pendidikan di sekolah tahun 2004-2006


1.PERKAMPUNGAN ILMU


Kem mata pelajaran tertentu iaitu B. Melayu untuk SPM dan B.I, Matematik dan Sains untuk PMR dan iainya di adakan di luar
kawasan sekolah.

2.KELAS PERMATA


Kelas Tambahan Malam bagi subjek tertentu dan disasarkan kepada pelajar lemah sahaja.

Telah dijalankan pada tahun 2005 dan 2006.


3.KELAS SUPER

Kelas Cemerlang khas untuk PMR. Dilancarkan pada 2004 hingga sekarang

4.BERSAMAMU

Program Klinik Mata Pelajaran kepada pelajar cemerlang dan diadakan pada waktu luar p&p dimakmal computer. Dijalankan mulai 2005

5.PROGRAM BACALAH ANAKKU

Program Pemulihan 3M kepada pelajar-pelajar lemah di bilik Jana
Aksara pada waktu P &P.

Dijalankan bermula 2001 hingga sekarang

6.KELAB IT BISTAR I/ SIBER

Program Kelas Tiusyen Komputer berbayar terbuka kepada semua pelajar dibilik APD sekolah.

Dijalankan bermula 2000 hingga sekarang

8.KEM PERMATA SPM

Program ‘ kurung ‘ pelajar SPM yang lemah di luar sekolah selama 2 minggu menjelang sehingga peperiksaan SPM bermula.


9.Program MP 2O

Mula dilancarkan pada tahun 2000 hingga sekarang. Program ini telah berjaya melatih murid-murid supaya lebih menepati masa

10.Program Titian Muhibbah

Program ini telah dilancarkan pada tahun 2004

11.Program Masih Ada Yang Sayang

Program ini telah dilancarkan pada tahun 2000 hingga sekarang.

12.Program Juara PIBG

MendapatJuara Peringkat Negeri pada Tahun 2002 dan 2005

13.Program Juara SPBT

Dapat tempat ke 3, Peringkat Negeri Tahun 2004

14.Program Asrama Sebagai Pusat Kecemerlangan Asrama

Dapat Naib Juara Peringkat Kebangsaan Tahun 2004

15.Program Sistem Merit-Demerit

Di jalankan bermula 2002 dan ditambahbaik hingga sekarang

16.Program Kelas Inovatif

Dijalankan bermula 2002 hingga sekarang

17.Kejohanan Jogathon (Merentas Desa)

Telah dijalankan pada tahun 2004,2005 dan 2006

18.Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah

Acara Tahunan Sekolah

19.Program Sukan Elit (Olahraga dan Bola Jaring)

Dijalankan sepanjang tahun

20.Perkhemahan Atlet

Diadakan selama seminggu sebelun Kejohanan Peringkat PPD

21.Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Dijalankan semasa Mesyuarat Agung PIBG

22.Pertandingan Drama Bahasa Inggeris

Menganjurkan Pertandingan Peringkat PPD

Data & Statistik

Bilangan Pelajar

Lelaki : 578 orang
Perempuan :502 orang


Jumlah: 1080 orang

Bilangan Guru

Lelaki : 38 orang
Perempuan : 25 orang

Jumlah : 63 0rang


KEMUDAHAN SEKOLAH

Senarai kemudahan yang banyak membantu kejayaan sekolah.

1.Bilik Darjah : 31
2.Makmal Fizik:1
3.Makmal Kimia:1
4. Makmal Biologi:1
5.Stor Sukan:1
6.Bilik SPBT:1
7.Bilik Pengawas / Disiplin :1
8.Pusat Sumber Sekolah:1
9.Pejabat Pentadbiran:1
10.Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran: 4
11.Bilik ABM/Media:1
12.Tandas
13.Bilik Guru:1
14.Makmal Komputer:1
15.Bilik Mesyuarat:1
16.Bilik Kaunseling:1
17.Bilik Cetak:1
18.Koperasi SMK Kandis:1
19.Pili Bomba
20.Bilik Suis
21.Bilik Tangki Air ( Bomba ):1
22.Bilik Gas ( Makmal ):1
23.Kantin Sekolah:1
24.Dewan Makan:1
25.Surau Asrama:1
26.Pondok Jaga:1
27.Garaj Kereta:30
28.Tempat Letak Basikal Pelajar:3

ASRAMA

29.Dua Blok Asrama ( Muatan 230 Murid )
30.Dorm: 8
31.Tandas Asrama:16
32.Bilik Basuh:4
33.Pejabat Warden:1
34.Pejabat Penyelia Asrama:1
35.Rumah Pam
36.Hose Dril Bomba:12
37.Bilik Suis:4
38.Tangki Air :1
39.Bilik Tangki Air ( Bomba ):1
40.Rumah Kediaman Warden:3
41.Bilik Mesyuarat:1

SUKAN

42:.Padang Serba Guna:1
43.Gelanggang Sepak Takraw:4

KEMUDAHAN ASAS LAIN

44.Komputer Pentadbiran
45.Komputer Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
46.LCD Projektor:16
47.Televisyen
48.Radio
49.Kamera Digital
50.CD Player
51.Video Player
52.Riso:1
53:Pencetak (Printer)


Latar belakang Komuniti

Latar Belakang Ibu Bapa, Komuniti dan persekitaran luar sekolah

Latar belakang sosio ekonomi ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis, Bachok 99% terdiri daripada golongan petani dan nelayan. Manakala 1 % lagi terdiri daripada golongan peniaga, kakitangan awam dan swasta.


Walaupun majoriti ibu bapa pelajar terdiri daripada golongan petani dan nelayan tetapi tahap kesedaran mereka tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka adalah tingg. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berkorban apa sahaja demi masa depan anak-anak meraka sama ada wang ringgit, masa atau tenaga.

Kerjasama daripada ibu bapa kepada pihak sekolah amat memuaskan sekali sama ada berbentuk bantuan tenaga, masa,moral dan material. Ini terbukti dengan kehadiran ibu bapa dalam setiap kali mesyuarat agong PIBG diadakan mencapai 90 %. Begitu juga apabila diadakan program-program lain seperti seperti Program Permata Yang Digilap, Program Motivasi Ibu Bapa, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Solat Hajat Asrama, PMR dan SPM pihak sekolah tidak pernah kecewa dengan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.

Pihak sekolah telah membina satu jalinan strategik dengan komuniti setempat. SMKK menjadi anak agkat kepada Balai Polis Daerah Bachok semenjak 2003. Dalam hal ini, pihak polis sentiasa memberi kerjasama yang amat memuaskan kepada pihak sekolah. Pihak polis telah diundang untuk majlis-majlis tertentu seperti Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pentauliahan Pasukan Kadet Polis, mesyuarat agong PIBG dan program-program yang bertujuan meningkatkan sahsiah murid.

Pihak sekolah juga menjadi anak angkat kepada pusat pengajian tinggi di Kandis iaitu Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Di mana pihak KIST pada 7 Januari 2007 telah memberi sumbangan berbentuk beg sekolah kepada murid-murid miskin SMKK.

Setiap kali pihak sekolah mengadakan majlis sempena sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi saw, Sambutan Majlis Asyura, Maal Hijrah dan sebagainya, masyarakat setempat dijemput melalui Ketua Kampong, Imam Masjid / surau untuk sama-sama menjayakannya bersama pihak sekolah.

Jalinan mesra dengan masyarakat setempat makin terserlah apabila usaha memberi motivasi dan cara belajar oleh pakar motivasi dari luar iaitu Tn. Hj. Termizi Hj. Musa mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. Program-program motivasi ini penting kerana ianya dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan penjaga tentang cabaran dunia pendidikan masa kini.

Sejarah Sekolah

Sejarah SMK Kandis

Sekolah ini terletak di Kg Telong, Bachok Kelantan. Sejauh 13.8 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.Idea pembinaan sekolah ini banyak diusaha oleh Dato’ Haji Ahmad Shahibuddin b Hj Mohd Noor yang ketika itu menjadi ADUN Kawasan Jelawat . Sekolah yang dibina di kawasan seluas 17.8 ekar ini mula beroperasi pada 1 Disember 1992. Sekolah yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitarnya ini berdiri megah dengan mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat , 3 blok bangunan 2 tingkat termasuk asrama, 1 bangunan musalla , 1 bangunan kantin dan 1 bangunan makmal komputer.

Seiring dengan pembangunan Kawasan Tok Bali, kecemerlangan yang banyak dicapai oleh pelajar-pelajar dan kepercayaan yang tinggi ibubapa terhadap sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah dengan pesat sekali iaitu daripada seramai 175 orang pelajar pada tahun 1992 kepada 1076 orang pelajar pada tahun ini(2006). Semua pelajar sekolah ini adalah berbangsa Melayu dan lebih dari 99% ibubapa penjaga pelajar sekolah ini adalah petani, buruh kasar dan nelayan.

Watak Sekolah

Keistimewaan/Watak/Imej/Identiti Sekolah


SMK Kandis merupakan sekolah menengah yang paling luar bandar dalam PPD Bachok, tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan banyak bergantung kepada pengangkutan sendiri.

Lebih dari 90% muridnya adalah terdiri daripada anak petani, nelayan dan buruh kasar dan 100 % adalah berbangsa Melayu dan Islam.

Pencapaian akademik pada tahun 2004 di peringkat PMR dan SPM amat membanggakan dari segi peratus kualiti dan kuantiti dimana SMK Kandis berada di tiga tempat teratas mengikut ranking PPD Bachok.

Walaupun pencapaian PMR dan SPM 2005 menunjukkan sedikit penurunan dari segi kuantiti tetapi menunjukkan peningkatan dari segi kualiti.

Pada tahun 2005 SMK Kandis satu-satunya sekolah dalam PPD Bachok dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH SEKOLAH PUNCAK GEMILANG Iiaitu satu anugerah yang paling berprestij berdasarkan kecemerlanagan sekolah dalam bidang akademik, kokurukulm dan sahsaiah murid.

Dalam bidang ko kurikulum, terdapat pelajar SMK Kandis yang telah berjaya dengan cemerlang sehingga berjaya mewakili NEGARA khasnya dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN iaitu acara jalan kaki pada tahun 2004.

SMK Kandis juga telah muncul sebagai NAIB JUARA dalam Pertandingan Juara Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan.

Mencapai ANUGERAH JUARA PENGURUSAN PIBG Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2005 dan tahun 2002.

MISI & VISI


VISI SEKOLAH

Menjadikan insan yang berilmu dan beriman yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, bangsa dan negara.


MISI SEKOLAH


1.Mengurus dan menggunakan sumber dengan bijaksana

2.Menjuruskan semua aspek pengurusan ke arah pendidikan berkualiti

3.Memupuk potensi diri pelajar melalui kegiatan kokurikulum yang aktif

4.Menghasilkan pelajar yang beriman dan berperibadi mulia

5.Membentuk sistem pentadbiran dan pengurusan yang berkesan dan mesra